Puteyh'S Followers

Wednesday, May 18, 2011

PemaAf dAn tErSeNyuM sEpeRtI RaSuLuLLaH

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.


Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132)


Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.



Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”(Hadis riwayat Bukhari).


Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.


Sifat terpuji Rasulullah yang aku akan contohi..biarlah apa pun berlaku..aku harus untuk memaafkan seseorang itu walaupun mereka menyakitkan hatiku...memalukan aku..menyeksa aku..
aku mahu jadi pemaaf seperti Rasulullah dan selalu senyum seperti baginda...membuat diriku amat tenang..


Ya ALLAh, kurniakan kesabaran dalam diri hambaMU ini...sebatikan sikap pemaaf yang ada pada Rasulullah dalam hatiku..hindarkan sifat pemarah serta dendam dalam diriku...Ya ALLAH..aku mahu mengikut seperti Rasulullah..amin ya rabbal alamin....

No comments:

Post a Comment