Puteyh'S Followers

Monday, December 31, 2012

KerEta idAmANku ALPHARD

this my favourite car

CUTE!!!!!


ntahlaa...dulu aku bukan kenal pun Alphard nih... aku dok dengar si adik angkat aku sebut Toyota Alphard dengan Hyundai Starex Royal... aku bayangkan keta mcm keta sport la..so aku buat xtaw jaa..

pada satu masa aku klua ngn family aku..tetiba aku terpandang keta nih...mmg cun laa...aku memang suka keta besar2 nih....rasa macam wowww....!!!
sekali aku tengok tag back this car.. ALPHARD!! ooo...nih la yg dikatakan Alphard...mmg cun habiz...
walaupun ramai kata aku nih xlayak bawa Alphard sebab diri aku nih rendah..peduli ap aku..aku tetap akan beli jgk Alphard..ni Azam aku..ahhaahha 1 masa nanti Alphard akan jadi milik aku...
dear Alphard..waiting for me ok?? mmuuaahhh...

sebab pertama kenapa aku rasa nak sangat beli keta Alphard nih sebab lampunya cantik dan juga tempatnya terasa tinggi..perghh..xdapat dibayangilaaa......
yang kedua, ini juga untuk masa depan keluarga aku... aku nak keta nih senang untuk naek keluarga aku..xpayah mak abah aku nak bawa keta dh..mak abah duk ja kat belakang..aku yang akan bawa..kalau dah kawen, sekali ngn mak n bapak mertua aku usung..so sweettt....

walhal skunk nih aku guna keta kancil lagi..tapi keta kancil nih pun kawan2 panggilnya alphard,,,aahahah..
nanti ada duit lebih...aku nak tukarkan kancil jadi alphard...luar kancil dalam alphard...

^___^

Friday, December 21, 2012

CERPEN - Jika Masa Berputar Kembali



Cinta boleh membuatkan seseorang menjadi lalai apabila kita tidak mengawalnya. Hati ini akan merasa sakit dan hancur apabila kita meneruskan juga mencintainya walaupun sudah terang-terang dia tidak mencintai kita. Hidupku seperti ini, tetapi aku tidak dapat berhenti menyayanginya dan mencintainya, bodohkah aku??

"Awak, saya sayangkan awak sangat-sangat. Apa pun yang berlaku, saya tetap terus cintakan awak. Saya sentiasa di sokong awak untuk terus berjaya," kata Anne kepada Que..
"Saya pun sayangkan awak juga. Terima kasih sayang untuk semua ini," balas Que, sesungguhnya dia sangat mencintai gadis di hadapannya. Perlahan-lahan dia mengambil tangan Anne dan terus membawa ke bibirnya lalu mengucup lembut. "Saya sentiasa sayangkan awak," katanya lagi.

Pada suatu hari, mereka bertemu lagi. Anne datang ke Johor Bahru dari Perak kerana ingin bertemu kekasih hatinya. Selama 2tahun mereka bercinta, tidak pernah sekalipun Que datang ke Ipoh untuk bertemu Anne kerana masalah kewangan. Jadi kerana cintanya terlalu mendalam terhadap lelaki itu, dia sanggup berkorban untuk bertemu lelaki itu.

"Awak, kenapa ni?" soal Anne apabila melihat wajah muram lelaki yang dia cintai itu.
"Saya ada masalah," jawab Que.
"Masalah apa, wak? Bagitau la, saya try tolong awak selagi saya dapat tolong,"
"Saya ada masalah duit. Saya nak guna duit untuk study saya. Kalau saya tak dapat bayar duit tu, saya terpaksa berhenti pengajian,"
"Berapa?" soal Anne pendek.
"Around RM100," jawab Que lemah. Dia seperti betul-betul tertekan.
"Hmm..nanti saya bagi. Awak jangan risau eh," kata Anne sambil pegang tangan Que.
"Eh, awak..saya dah banyak guna duit awak. Awak datang sini, sewa hotel, shopping dan beli barang untuk saya, semua itu duit awak. Saya tak pernah sikit pun guna duit saya untuk awak," balas Que seperti rasa bersalah terhadap kekasihnya.
"Tak apa la, wak. Nanti bila awak dah ada duit, Awak bayar la balik duit RM100 ni. Lagi pun, saya buat semua ini kerana sayangkan awak. Saya tak nak tengok awak susah hati,"
"Terima kasih sayang,"

Sangkakan panas dari pagi hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Lelaki itu telah berubah. Dia menjadi dingin dan selalu marah-marah. Anne begitu sedih dengan perubahan Que. Lelaki itu menuduhnya curang apabila melihat mesej di dalam inbox telefon bimbit Anne. Padahal semua itu kawan-kawannya sahaja. Lagi pun, Que memang sudah masak perangai Anne yang lebih ramai rakan lelaki daripada rakan perempuan. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu, Que sendiri sudah berlaku curang bersama rakannya sendiri dan dia sendiri tidak mengetahuinya. Anne merasa sedih. Apa salahku? aku terlalu banyak berkorban untuk dia, kenapa dia tipu aku? rintih hatinya.

"Awak yang ada perempuan lain. Kenapa awak tuduh saya yang curang?" soal Anne di talian telefon.
"Awak memang curang pun. Jangan nak tuduh-tuduh saya pula.  Siapa perempuan lain itu?" jerkah Que.
"Mieka,"
"Argh..saya dengan dia dah tiada apa-apa hubungan. Kami sudah lama putus sejak kita kapel lagi. Jangan nak menuduh, ok? awak yang tidak setia, main lelaki di belakang saya, tak nak mengaku. pastu nak tuduh-tuduh saya pulak,"
"Saya tak tuduh awak. Kawan saya yang bagitau awak tak pernh putus dengan Mieka,"
"Arghh..!! diam r...saya tak ada apa-apa lagi dengan dia, Faham?" Pap! terdengar ganggang diletak dengan kasar. Talian terputus.

Tiba-tiba di suatu malam, Que menghantar mesej kepada Anne kerana dia terlalu merindui gadis itu apabila sudah sebulan tidak tahu khabar berita. Anne merasa begitu gembira dan dengan senang dia memaafkan lelaki itu. Anne meminta Que jangan mengulangi perangainya dan Que pun berjanji. Sekali lagi Anne berangkat ke JB kerana Que
ingin memperkenalkan Anne dengan keluarganya. Yakinlah Anne sememangnya Que tiada hubungan lagi dengan Mieka. Senangnya hatinya dapat bertemu dengan keluarga lelaki itu dan dia dilayan seperti anak sendiri. Anne melihat mereka seperti keluarga yang amat bahagia. Bagaimanapun, hati Anne sedih kerana di bibir Que menyebut nama Mieka. itu Mieka, ini Mieka.

"Kalau awak nakkan Mieka balik, pergilah. Saya tak halang, sekurang-kurangnya awak berterus terang. Saya undur diri," ujar Anne dengan nada begitu sedih ketika mereka berjalan-jalan di tasik.
"Tidaklah sayang, saya tak nak kat dia pun. Cuma saja nak sebut, kenapa ni? sayang jeles eh?" balas Que senyum.
Anne hanya mendiamkan diri. Air mata bergenang di matanya dan hatinya merasakan mereka akan berpisah. Dia sendiri pun tidak pasti kenapa dia merasa begitu. Perlahan-lahan Que memeluk pinggangnya.
"Sayang jangan risau. Saya sayangkan awak. Apa pun berlaku, awak tetap di hati saya dan saya di hati awak," kata Que sambil mencium pipi Anne. Tiba-tiba air mata Anne mengalir apabila mendengar ucapan Que tetapi hatinya merasa walang dan rasa seperti ada sesuatu yang berlaku dalam hubungan mereka.

Benarlah kata hatinya ada sesuatu sedang berlaku dalam hubungan mereka. Que sekali lagi berubah perangainya seperti dulu. Dia tidak mahu menghubungi Anne. Anne mendapat tahu daripada rakan-rakannya Que telah menghubungi semula dengan Mieka. Paling membuat Anne sedih, Que telah mengakuinya cuma dia tidak mengakui masih ada hubungan bersama Mieka. Anne sedih sangat. Sebulan sudah berlalu, Que menghantar mesej mengatakan jangan mengganggu dia lagi kerana dia sudah bersama Mieka semula. Hati Anne terlalu sedih. Dia sudah menganggak perkara ini akan berlaku. Anne teramat cintakan Que. Dia sudah banyak berkorban untuk lelaki itu tetapi Que tidak pernah menghargainya.

SETAHUN KEMUDIAN....

Pada suatu malam, Anne menerima mesej daripada salah seorang rakan Que yang menuduhnya selalu mengganggu Que tetapi sudah setahun Anne tidak menghubunginya. Anne merasa marah dan barannya sudah naik ke kepala. Anne terus menghubungi Que.

"Awak, kenapa masalah kita perlu di ceritakan kepada orang lain? Perlu ke awak beri nombor saya kepada kawan awak untuk maki-maki saya," marah Anne
"Awak, jangan ganggu saya boleh tak? saya tak pernah dan tak ingin pun nak bagi nombor awak kepada kawan-kawan saya. "
"Habis, macam mana dia ada nombor saya? jangan nak tipu ok?"
"Wei betina. aku dah cakap kan, aku tak bagi, tak bagi la..kau ni faham bahasa ke tak?!!" bahasanya sudah bertukar. Anne terdiam lama. Hatinya merasa pilu teramat sangat.
"Saya minta maaf sebab ganggu awak," kata Anne perlahan.
"Baguslah. jangan mengganggu hubungan aku dengan Mieka k? Kau dah buat hidupku porak peranda. Kau punca segala-galanya berlaku dan banyak alasan penipu. Sebab itu aku tinggalkan kau. Sudahlah jangan ganggu aku lagi,!!"

Sampainya hati Que mengeluarkan kata-kata seperti ini. Anne telah banyak berkorban untuk memastikan dia sentiasa hidup bahagia. Tergamaknya dia mengeluarkan kata-kata yang kesat seperti ini. Wahai hati, kenapa kau berkeras untuk mencintai lelaki seperti ini? wahai hati, kenapa kau tidak dapat membenci lelaki yang telah menghina ku? kenapa hati? kenapa kau sanggup merana dan dilukai kerana lelaki ini. Anne merasa pinar-pinar dan mata kelabu. Dia terus jatuh ke menyembah bumi.

Que merenung gambar seseorang. Kenapa aku sakiti hatinya? Anne, aku rindukannya sangat-sangat. Tiba-tiba dia terbayang wajah gadis itu yang tersenyum, ketawa, menangis dan segalanya. Dia memejam rapat matanya.

"Kau ni teruk, Que. Kau lelaki yang paling teruk. Anne tu terlalu cintakan kau. sanggup kau tinggalkan dia. pastu kau menghina maruah dia. Otak kau letak kat mana?!!" marah Lan, sahabatnya.
"Aku terpaksa la,"
"Terpaksa apa?? Kau sanggup perbodohkan diri kau untuk Mieka, macam itu kau kata terpaksa?? kau tolongla sedar Mieka hanya pergunakan kau untuk kepentingannya,"
"Kau jangan pandai-pandai nak menuduh dia macam tu. Aku tahu la, aku kenal Mieka."
"Aku tengok kau ni betul-betul dah bodoh,"
"Jahanam kau!!" marah Que terus memberi tumbukan ke muka Lan. Lan pun membalas. Mereka bergaduh sehingga Que mengambil batu besar ingin menghentak kepala Lan. Nasib baik Lan tempis terus tolak Que sekuatnya sehingga terjatuh. Lan mencekak kolar baju Que sambil tunjuk penumbuk.
"Kau fikirlah sendiri, Anne tu terlalu banyak berkorban untuk kau. ini yang kau balas segala pengorbana dan cinta dia terhadap kau. Jangan sampai kau kehilangannya buat selama-lamanya sebelum kau memohon maaf," terus Lan memberi tumbukan dan berlalu pergi meninggalkan Que termangu-mangu.

"Que, terima sebab tolong Mieka. Kalau Que tiada, entahlah apa yang berlaku kat Mieka," ucap Mieka manja.
"Tak apa, Que tak kisah," jawab Que lemah.
"Kenapa ni, Que?""Tak apa-apa la, tiba-tiba teringatkan Anne,"
"Mmm..perempuan tu lagi. Que tak sayangkan Mieka ker?"soal Mieka. Que hanya terdiam. Memang dia bersama Mieka dan memberitahu semua rakan-rakan Mieka termasuk Anne, di hatinya hanya cintakan Mieka seorang. Tiada perempuan lain selain Mieka. Dia merasa seperti menipu dirinya sendiri. Dia cuba untuk menghapuskan bayangan Anne dan cuba membencikan Anne. tetapi tidak berjaya. bayangan itu terus menghantui hidupnya.
Sememangnya Anne dan Mieka bagai langit dengan bumi. Anne seorang yang peramah, kasar, panas baran dan selalu mengamuk. Tidak seperti Mieka, lembut, sopan, pemalu, pendiam dan boleh kata perempuan melayu terakhir. Mana-mana lelaki mesti memilih Mieka daripada Anne. Tetapi hati mereka tidak sama dengan perangai yang ditonjolkan. Walaupun Anne kasar tetapi hatinya lembut dan mudah memaafkan orang, Mieka pula lembutnya di luar di hatinya begitu keras dan susah memaafkan orang lain.
"Sayang," jawab Que perlahan. "Lelaki itu tak ganggu Mieka lagi ker?" sambungnya.
"Tidak, terima kasih kat Que la." Mieka tersenyum.

Ketika suatu masa, Que mendapat tahu rupanya Mieka hanya pergunakan dia untuk melepaskan diri daripada lelaki yang terjerat dengan perangkap yang dibuat Mieka sendiri. Que merasa begitu marah kerana Mieka main-mainkan maruahnya. Dia sanggup tolak ke tepi perasaannya terhadap Anne, sanggup menghina Anne, hanya kerana Mieka. Rupanya Mieka hanya pergunakannya. Ya ALLAH, berdosanya aku melakukan kejam terhadap Anne. Awak, maafkan saya. kata Que sambil menangis.

Que mencari Anne sampai ke Ipoh kerana ingin memohon maaf atas perbuatannya yang melampau. Jika Anne tidak mahu memaafkannya, tidak apa. Sekurang-kurangnya dia dapat menatap wajah gadis yang dirinduinya. Dia tidak bertemu Anne. Dia menghubungi Anne tetapi tiada tindakbalas. hatinya makin sedih. Akhirnya Que bertemu dengan dua orang sahabat baik Anne iaitu, Eira dan Syida. Que memohon pada mereka berdua agar menemukannya dengan Anne.

"Kenapa kau nak jumpa dia lagi? Kau dah menghina dia. Kau tuduh dia punca hidup kau porak peranda. jadi, untuk apa kau datang sini lagi. Balik la kau. kau kan dah ada Mieka." marah Eira.
"Aku sayangkan Anne. Aku berdosa kat dia. Please Eira. benarkan aku jumpa dengan Anne. Bagi aku jumpa dia sekali pun tak apa walaupun dia tak nak maafkan aku. aku teramat berdosa dengannya," rayu Que.
"Sudahlah Eira. Tak guna kalau kita buat macam ni. Que, jom ikut kitorang ke rumah Anne. kitorang memang nak pergi sana," kata Syidah.
"terima kasih Syidah. terima kasih Eira,"

Que merasa pelik ketika tiba di rumah Anne. Ramai orang berkumpul di rumahnya dengan wajah yang sedih. Hatinya merasa tidak sedap. Apa yang sudah jadi ni?

"Apa berlaku?" soal Que. belum sempat Syidah menjawab, terdengar suara adik Anne memanggil Syidah masuk ke dalam.
Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Alangkah terkejutnya Que melihat sekujur badan yang lesu d atas katil. terasa lututnya sudah hilang. Anne! betul ke itu Anne? Dia terus mendapatkan Anne.
"Awak, ni saya datang. saya minta maaf atas perbuatan saya. Saya tak nak awak tinggalkan saya." kata Que sambil menangis.
Anne hanya terdiam dan memandang lesu muka Que. Dia hanya mampu tersenyum. Tiba-tiba dia memanggil mak dan abahnya. " Mak, Anne minta maaf. Tak dapat nak bantu mak. Anne betul-betul minta maaf. Abah, Anne minta maaf tak dapat nak jaga mak dan abah. maafkan Anne tak dapat tunaikan janji Anne," kemudian dia memanggil adik-adiknya. "Adik-adik akak mesti jaga mak dan abah tau bila akak dah tak ada nanti,"
Semua menangis melihat keadaan Anne. Que tidak dapat sedih. Dia merasa Anne tidak memaafkannya. Dia berasa berdosa, kerana dia, Anne menderita. Que tidak mahu gadis ini pergi dari hidupnya. Dia mencintai Anne.

"Abah, Mak. ni Que yang Anne selalu ceritakan. Maafkan Anne, tidak dapat jadikan dia menantu sulung mak abah. Dulu Anne pernah kata dia akan datang kepada Anne,"
"Awak, jangan tinggalkan saya. Awak seorang yang kuat. saya sayangkan awak. Jangan tnggalkan saya,"
Que merayu-rayu tetapi Anne hanya mampu tersenyum melihat Que. Dia memejam mata dan menghembus nafasnya terakhir. " Innalillahi......."

"Tidak! Awak tak boleh tinggalkan saya, saya sayangkn awak. saya minta maaf!!!" meraung Que. Dia merasa begitu berdosa. Tiba-tiba Syidah memberi sepucuk surat kepadanya. Que hanya memandang sepi dan mengambil surat itu.

Awak,
Maafkan saya kerana mengganggu awak tempoh hari. Maafkan saya kerana mencintai awak. Saya tidak dapat melupakan awak. Saya teramat cintakan awak. Saya tahu awak akan kembali kepada saya kerana cinta dan hati awak di sini. hari-hari saya menunggu awak.

Awak,
saya tak mampu lagi menunggu awak di sini. Saya memdapat penyakit barah otak. Hanya tinggal tiga bulan hayat saya. Saya maafkan kesalahan awak. Saya harap awak hidup bahagia bersama Mieka. Cintailah sepenuh hati awak.
Maafkan saya....

yang sentiasa mencintaimu

Anne

Sudah 5 tahun berlalu perkara itu, tetapi sentiasa tersemat di ingatan Que. Cinta Anne yang begitu tulus. hati Anne begitu murni. Sampai sekarang tiada siapa yang dapat mengganti tempat Anne di dalam hati Que. Terkunci rapat cinta Anne dalam hatinya. Jika masa dapat berputar kembali, dia akan menghargai setiap kasih sayang Anne. tidak sesekli menyakiti hati gadis itu.
Tetapi semua itu mustahil, Anne sudah tiada, yang ada hanya bayangan gadis itu. Anne telah pergi membawa cintanya yang tidak kesampaian.

HARGAILAH CINTA SELAGI IA MASIH ADA KERANA CINTA SEJATI SUKAR DI CARI.

Wednesday, December 19, 2012

TiBute To P RaMleE


TeMa untuk Jamuan Makan Malam pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan.
Kami ada ada empat course ja dalam semester akhir semester Jun 2012 nih..
iaitu.. Diploma Akauntasi (DAT6A). Diploma Akauntasi (DAT6i), Diploma in Business (DPM6i), Diploma Pemasaran(DPR6)

Meriah gila la malam tuh..mmg terbaekk cgt2...ahhaha...
Ni dak Klz DAT6A..mmg terbaekk laa...



 tapi kurang kemeriahan sikit sebab depa xda la buat nmpk mcm zaman p ramlee..lampu terang benderang..yang boleh seronok pun sebab dpt Giff terbaekk jerk..

ANUGERAH ANAK DARA PINGITAN...ahhaha....
tuh anugerah dapat untuk aku...hahaha..pelik kan..ntah tang mana laa anugerah tuh leyh dpt..

Ni la Anak Dara Pingitan..ahahha

 Baju ni last minute gak la bwu dpt...punya laa pening nk cr...mulanya aq kuar ngn mber aq nih p beli dh baju yg polkat dot wana purple itam tuh...kain lak aq xda..pstuh aq nk p beli baju untuk kawan aku, Farhana...tapi aku ngn dy hanya beli kain...tp kain tuh plak xkena ngn baju yang aku beli sebelum nih...
aku bagi jer la baju tuh kat Ana sbb sesuai ngn kain yang dy pakai..nk tgk ker...

ni laa setelah di modifiednya..hahaha
aku pun sakit kepala cmna nk cari baju yang sesuai untuk tema p ramlee ni... nk pkai kebaya..ramai cgt yg pakai kebaya..konfom punyaa..aku pun keluar la dengan kakyana n Ana nih p cari baju..alih kakyana yang pilihkan baju tuh untuk akau..mmg terbaekk la kakyana..sayang laa kakyana..dy yg byk modified aq nih..ahahah...
cuma kain jaa..mulanya ingat nk pakai seluar...tapi xda plak duit..ahahhaha..aku tunjuk la baju tuh kt bekas pakwe aku..dy minta aku pkai kain kembang bawah... so jadi la cm td...mmg terbaekk...terima kasih laaa...
tuh yg leyh dpt Anugerah cmnih..ni sebab kawan2 aku la kecoh mmg nk aku dpat anugerah tuh..betul2 aku dpat..ahahah...

cantik kn kakyana...dy laa designer terbaekk

yg ni wanie..dy mula pkai kebaya..akhirny dimodified..cun laa








Sunday, December 16, 2012

: CinTa :


1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati

4 HaRy BerAda dI kL

Assalamualaikum...

huhuhu.... perjalanan yang tidak dirancang...
pada ary ahad malam saya bertolak dr sIk ke KL...

ary isnin saya pergi HUKM untuk foolow up saya punya medical check up...
beshh laaa ary tuh last dh saya wt follow up...

tp yg menyedihkan HUKM byk kenangan...
dari saya form 1(2003) sampai la saya umu 22 skunk nih...dh lama sangat la selalu datang ke HUKM
semua selok belok kt HUKM saya dh faham sangat laa..mana wadnya...mana bilik Xray..mana kliniknya
semuanya saya dh tahu...
RINDUNYAAAA......

dh settle di HUKM..saya lepak2 plak di KLCC ngn mbe saya..ahahah...member la sangat...
perghhh p tengok cite Rise oF tHe GurDiaN..beshhh baq hg!!!

masuk ke ary selasa rabu khamis....saya dh tercongok n nganga kat umah xda buat apa2..
so verry boring!!!